Mempulur yang juga dikenali sebagai ‘Init' ini biasanya menggunakan kertas kadboard. Ada juga sesetengah pembuat tekat yang menggunakan keratan rotan atau buluh bagi menebalkan jahitan motif pada kain baldu. Benang emas yang dijahit membaluti mempulur biasanya menggunakan jarum khas yang dipanggil ‘Cuban'.
Dahulunya, pembuatan tekat ini sering dikaitkan dengan persalinan di raja serta golongan istana . Seni tekat ini bermula pada kurun ke 15, semasa zaman pemerintahan Sultan Melayu Melaka. Kesannya dapat dilihat pada pakaian-pakaian masyarakat Baba dan Nyonya Melaka.
Sehingga kini, seni tekat masih lagi dihasillkan oleh rakyat negeri Perak terutamanya di Kuala Kangsar. Antara tokoh-tokoh tekat yang terkenal di sini adalah Puan Ahdijah bt. Hashim dan Puan Hajah Azizah bt. Mohd Yusof. Kepakaran yang diwarisi oleh mereka telah menjadikan mereka dilantik mewakili negara untuk mendemonstrasikan seni menekat. |