|
Kerajaan
Negeri Perak kemudian mengarah Colonel Huxley dari Pejabat Kerja
Raya di Kuala Lumpur supaya merangka sebuah pelan masjid yang
hendak didirikan itu. Tugas membuat pelan rekabentuknya telah
diberikan kepada Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan dan tugas
melaksanakan banguann itu pula diserahkan kepada Caufield sebagai
ketua jurutera Negeri Perak ketika itu.
Pada
hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah
telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala
beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya
yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris
dan Raja Chulan.
Pesanan
batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya
Perang Dunia Pertama, sehinggalah 1917 barulah masjid yang terindah
di negeri Perak itu dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil
Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris
yang mangkat pada tahun 1916. Belanja pembinaan masjid Ubudiah
ketika itu di anggarkan berjumlah RM200,000.00 |