|
Selain
daripada Masjid Ubudiah di Bukit Chandan, Sultan Idris juga telah
merancang sebuah lagi masjid di Kuala Kangsar. Masjid tersebut
yang kemudiannya dinamakan Masjid Ridzuaniah (Al-Ridzuaniah),
telah siap dibina dan mula digunakan untuk sembahyang pada awal
Jumaat Bulan Ramadhan 1335 Hijrah (Bulah Oktober 1916).
Pada
tahun 1980, bangunan lama masjid ini telah dirobohkan dan didirikan
bangunan yang baru di atas tapak yang sama.
Pembukaan
rasminya telah dilakukan oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah,
Sultan Perak yang telah menggantikan Sultan Idris Murshidul Azam
Shah yang mangkat pada 14 Januari 1916. Selepas itu baginda merasmikan
pembukaan Masjid Ubudiah di Bukit Chandan di Kuala Kangsar.
Masjid
ini mempunyai ruang sembahyang yang berbentuk lapan persegi, dengan
sebuah kubah yang besar diatasnya.Terdapat sebuah menara yang
sangat menarik dan juga mimbar kayu yang berukir.
Pada
tahun 1980 bangunan lama masjid ini telah dirobohkan dan didirikan
bangunan baru di atas tapak yang sama. |