|
RUMAH
RESIDEN
Bangunan
ini terletak di atas Changkat Residen, berhampiran Bandar Di Raja
Kuala Kangsar. Pada zaman sebelumnya, bukit ini dikenali sebagai
Bukit Che Midah, iaitu sempena nama Janda Ngah Lamat yang kemudiannya
berkahwin dengan Sultan Yusof Sharifuddin Muzaffar Shah, Sultan
Perak yang ke 27 (1877-1887), dan kemudiannya berkahwin pula dengan
Nakhoda Terang. |
|
Dalam
tahun 1876, rumah Che Midah didiami oleh pegawai Inggeris. Pada
tahun 1877, rumah tersebut telah dirobohkan kerana pihak Inggeris
mendirikan sebuah rumah untuk Residen Perak kedua, J.G. Davidson.
Namun begitu, residen tersebut tidak sempat berpindah ke rumah
berkenaan kerana telah meletak jawatan. Rumah tersebut diduduki
oleh Residen Perak yang ketiga iaitu Hugh Lowdalam tahun 1905.
Rumah residen yang pertama ini kemudiannya telah dirobohkan kerana
pihak Inggeris mendirikan rumah residen yang baru dibina dari
batu, dikenali dengan nama King Pavilion.
Dalam
tahun 1909, King Pavilion didiami oleh Residen British di Perak
yang bernama E.W.Birch. Setelah E.W.Birch berhenti, rumah residen
ini diduduki pula oleh Residen British Perak yang bernama R.G.Watson.
Dalam
tahun 1960, rumah residen British telah dijadikan sebuah sekolah
yang sekarang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Raja Perempuan
Kelsom, iaitu mengambil nama bonda Almarhum Sultan Idris Iskandar
Shah, Sultan Perak ke 33. |