|
MENARA
PAVILLION
Bangunan
ini terletak di Jalan Bendahara, Bandar Di Raja Kuala Kangsar.
Bangunan ini didirikan pada tahun 1920, iaitu semasa pemerintahan
Sultan Iskandar Shah yang memerintah Perak dari tahun 1918-1938.
Arkiteknya ialah N.E.Don B.C.D. Bangunan ini digunakan sebagai
tempat istirehat oleh Sultan Iskandar selepas bermain polo. |