|
Tukang
yang membuat istana ialah Haji Suffian dan anak-anaknya yang bersal
dari Seberang Perai. Istana ini telah siap sepenuhnya pada tahun
1931. Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke 30 (1918-1938)
telah berpindah bersemayam di istana tersebut kerana Istana Negera,
iaitu istana rasmi Sultan Perak di Changkat Negara akan dirobohkan
untuk dibina istana yang baru (Istana Iskandariah sekarang).
Dalam
tahun 1933, apabila Istana Iskandariah siap dibina,Sultan Iskandar
Shah telah berpindah ke istana tersebut. Istana Lembah atau Istana
Tepas diduduki pula oleh keluarga Diraja Perak.
Nama
Istana Kenangan hanya bermula pada tahun 1960 an, iaitu selepas
istana tersebut diperbaiki semula dengan usaha Yang Teramat Mulia
Tunku Abdul Abdul Rahman Putra Al-Haj, bekas Perdana Menteri Malaysia.
Pada
16 November 1986, setelah dipelihara, Istana Kenangan dengan rasminya
dijadikan Muzium Di Raja Perak hingga ke hari ini. |