.TEMPAT-TEMPAT SEJARAH DI KUALA KANGSAR - Jambatan Iskandariah


JAMBATAN ISKANDARIAH

Jambatan yang telah digunakan untuk laluan ini terletak berhampiran Kampung Jamuan (kampung di sebelah kiri mudik ke Sungai Perak) kira-kira 8 kilometer dari Bandar Kuala Kangsar. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1928 dan siap serta dibuka dengan rasminya oleh Sultan Iskandsar Shah pada bulan Jun 1932.

 

Jurutera yang bertanggungjawab dalam pembinaan jambatan ini ialah C.J Parker, M.I.C.E. dan pemborong yang bertanggungjawab membinanya pula ialah K.J.H Evens iaitu bagi pihak James Craig Ltd Klang.