|
Selamat
Datang Ke Laman Web Rasmi MPKK
Saya
mengalu-alukan kunjungan anda ke laman web kami yang
menawarkan pelbagai informasi yang berfaedah lagi menarik
untuk tatapan anda semua. Informasi yang kami sediakan
melalui laman web in mencakupi maklumat menyeluruh tentang
perkhidmatan dan kemudahan yang dikendalikan oleh MPKK
bagi memudahkan para pelanggan berurusan dengan kami
serta maklumat tentang cara bagaimana anda boleh mendapat
manfaat dan faedah dari perkhidmatan dan kemudahan yang
disediakan itu.
|
Melalui laman ini juga kami turut memaparkan informasi yang
menarik terutama berkaitan dengan produk-produk pelancongan
yang terdapat di Kuala Kangsar yang terkenal sebagai 'Bandar
Diraja' yang bersejarah di mana bangunan-bangunan yang
indah seperti Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Kolej Melayu
Kuala Kangsar, dan bangunan-bangunan warisan sejarah yang lain
di samping produk lain yang berasaskan kraftangan, alam semulajadi
dan sebagainya.
Bagi pihak MPKK, saya juga mengalu-alukan sebarang komen, teguran
yang membina daripada pelanggan yang dihormati serta bersedia
menerima idea dan pandangan demi menambahbaik laman web
ini. Begitu juga kami membuka ruang kepada anda semua untuk
menyumbangkan idea dan buah fikiran bagi meningkatkan mutu perkhidmatan
kami warga MPKK demi untuk kesejahteraan kita semua khususnya
warga perbandaran Kuala Kangsar.
Saya
berserta seluruh warga kerja MPKK mengucapkan setinggi-tinggi
terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan melayari laman
web kami. Kami menjanjikan yang terbaik untuk anda semua mengikut
yang termampu kami lalukan.
Sekian,
terima kasih.
MPKK
- Mengutamakan Pelanggan Komitmen Kami
Dato' Haji Mohd Shafie Bin Arifin, DPMP, PMP, AMP, PPT
Yang Dipertua MPKK