Galeri
Sultan Azlan Shah merupakan sebuah galeri yang indah dan menarik
senibinanya. Keunikan dari pelbagai sudut pastinya akan memukau
sesiapa sahaja dan apa yang pasti satu kenangan manis akan
terpahat dihati setiap pengunjung yang datang mengunjunginya.
Hasil
cetusan pemikiran Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbudin
Shah ianya dizahirkan untuk tatapan umum sebagai pengetahuan
kepada laluan perjalanan hidup Baginda yang sentiasa dikasihi
rakyat. Galeri Sultan Azlan Shah kini tersergam indah di Bandar
Diraja Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan.
Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 13 Jun 2001
telah meluluskan penubuhan Galeri Sultan Azlan Shah bertempat
di Istana Ulu, Kuala Kangsar. Jabatan Kerja Raya sebagai Penguasa
Projek telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus pembinaan
bangunan ini. Projek ini dimulakan pada 30 November 2001 dan
telah siap sepenuhnya pada 15 April 2003.
Ianya
terletak lebih kurang 1 kilometer dari bandar Kuala Kangsar
dan berkedudukan diantara pusat bandar dan Masjid Ubudiah
Bukit Chandan.
Galeri
ini adalah satu pendekatan terbaik untuk merakam laluan peristiwa
yang telah Duli Tuanku cipta dan ukir supaya dapat diikuti
dan dihayati oleh rakyat jelata.
Galeri
ini bukan sahaja dapat berfungsi sebagai sumber rujukan, malah
membolehkan rakyat mengenali secara lebih mendalam seorang
Raja yang berdaulat lagi dikasihi, hatta hingga ke peringkat
dapat meningkatkan fahaman dan apresiasi rakyat terhadap Institusi
Raja Berperlembagaan.
Disamping
itu, cerita-cerita kejayaan Baginda akan dapat dijadikan contoh
teladan, menghidupkan inspirasi kepada rakyat keseluruhannya,
bahawa seorang Sultan yang agung itu, perlu memiliki sifat-sifat
murni lagi mulia.
GALERI
SULTAN AZLAN SHAH
Bukit Chandan,
33000
Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
|
| |
|
| Telefon |
:
+605-777 5362 |
| Faksimili |
:
+605-777 4957
|
|
|
| Waktu
Lawatan |
:
Selasa - Ahad | 10.00 pagi - 5.00 petang |
|
:
Dibuka pada setiap hari cuti umum
|
|
|
| Bayaran
Masuk |
:
RM4 - Dewasa |
|
:
RM2 - Pelajar sekolah menengah
|
|
:
RM1 - Pelajar sekolah rendah |
|
:
30% diskaun - Berkumpulan melebihi 30 orang |